Definisi Memancing Data (Phising)
Memancing Data (Phising) adalah sebuah bentuk jenayah internet yangmenggunakan emel sebagai medium penyebarannya. Phising berasal dari perkataan "Fishing" yang bererti "memancing". Oleh itu, Phising adalah emel yang mengandungi informasi yang menipu (Scam) dan memancing penerima untuk melakukan sesuatu hal yang akan merugikan penerima tetapi menguntungkan pengirim.
Contohnya, satu emel yang menggunakan nama sebuah bank telah memberikan pautan (link) tertentu kepada pengguna untuk mengemaskini akaunnya, walau bagaimanapun pautan tersebut mengarah ke laman web lain atau server milik pengirim emel tersebut. Apabila pautan tersebut diklik,pengguna telah memberikan informasi tertentu kepada penjenayah siber, iaitu pengirim emel tersebut.
0 comments: