Etika Komputer
Etika ialah satu set prinsip-prinsip moral
yang mengawal tingkah laku sekumpulan atau seseorang individu.
Etika Komputer ialah set prinsip-prinsip moral yang
mengawal penggunaan komputer.
- Hak harta intelek (kandungan elektronik yang dilindungi hak cipta)
- Privasi
- Kesan komputer kepada masyarakat
Contoh
pertama, penyalinan kandungan hak cipta elektronik amatlah mudah dilakukan.
Oleh itu, etika komputer akan menyarankan bahawa ia adalah salah kerana
dilakukan tanpa kelulusan pengarang.
Contoh
kedua, apabila mengakses maklumat peribadi sesseorang menerusi sistem komputer,
etika komputer akan menasihatkan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak
beretika.
Terdapat
10 etika dalam penggunaan komputer
yang dicadangkan oleh Computer Ethics
Institute sebagai panduan kepada pengguna dan profesional komputer :
- Tidak menggunakan komputer untuk membinasakan manusia.
- Tidak menganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer orang lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
- Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau tanpa sebarang bayaran.
- Tidak menggunakan output intelektual orang lain tanpa kebenaran.
- Memikirkan kesan sosial sesuatu program atau sistem yang dibangunkan.
- Menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.
bkpe x kuar bullet n numberring... ul n ol.... owh my.... test kat lain kuar jerk... grrr
BalasPadam