Prosedur Keselamatan Komputer
Terdapat banyak ancaman kepada keselamatan komputer. Untuk itu terdapat beberapa langkah-langkah keselamatan perlu diambil seperti memasang perisian antivirus, tembok api, anti-spyware dan membuat kriptografi ke atas data-data penting dan sulit serta menekankan aspek-aspek kemanusiaan.
a) TEMBOK API (FIREWALL)
Tembok api merupakan satu aturcara komputer atau satu hos komputer yang berfungsi untuk mengawal satu rangkaian komputer dari dicerobohi dari luar. Kaedah ini banyak digunakan oleh organisasi untuk mengelakkan serangan penggodam dari inernet.
b) ANTIVIRUS
Antivirus pula adalah perisian yang digunakan untuk mengesan serta memusnahkan virus komputer. Walaupun komputer telah dipasang dengan periian antivirus, ia mesti sentiasa dikemaskini (update) menerusi internet untuk mempertahankan komputer daripada virus yang lama dan baru.
c) ANTI-SPYWARE
Spyware pula merujuk kepada perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses tanpa pengetahuan pengguna. Spyware digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer seperti alamat emel, kata laluan atau nombor kad kredit anda. Jika spyware terpaang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga.
0 comments: