Sejarah Evolusi Komputer




SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER

Komputer merupakan komponen penting proses pengiraan dan simpanan sejak ia mula dicipta. Komputer telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah kepada menggunakan tiub vakum kepada litar elektronik dalam tempoh masa yang singkat. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.


a) GENERASI PERTAMA (1951-1958)

Komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.   

Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains meneylesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama.

Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946. Komputer ini sangat mahal dan bersaiz besar seperti saiz sebuah bilik. Selain itu ia menggunakan bahasa mesin dan menyimpan data pada kad tebuk. Masalahnya pula ialah ia cepat panas dan mempunyai saiz storan yang kecil.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.




b) GENERASI KEDUA (1959-1961)


Transistor dan diod
Komputer-komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras megnetik. Teras megnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik.




c) GENERASI KETIGA (1965-1970)


Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya meghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratu ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilakan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.

Cip
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunakan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Banyak bahasa pengaturcaraan yang muncul seperti BASIC, Pascal, dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan paling popular pada mikrokomputer. Antara contoh-contoh komputer pada masa ini ialah IBM S/360, UNIVAC 9000, Burroughts 5700, 6700, 7700, NCR Century, GE 600.


d) GENERASI KEEMPAT (1971-SEKARANG)



Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor di dalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). 


Pengamiran skala amat besar
Generasi ini membuat penemuan baru di dalam penciptaan cip silikon, mikropemproses dan peranti storan pemprosesan yang dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ia boleh dirangkaikan dengan komputer lain membentuk rangkaian komputer. Selain itu ia membentuk kepada pembangunan internet. Komputer generasi ini melibatkan pembangunan GUIs, tetikus dan peranti pegang tangan. Ingatan utama komputer juga menjadi lebih cekap, pantas, dan besar. Antara contoh komputer generasi ini ialah IBM 370, Apple II, IBM PC/XT, IBM PC/386, IBM PC/486, dan IBM Pentium II.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang lebih minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraannya dilaksanakan dalam "picoseconds". Saiz komputer sekaarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.



e) GENERASI KELIMA

Komputer AI
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Ciri-ciri komputer ini adalah lebih canggih, lebih murah dan memiliki kemampuan untuk mendengar, berbicara dan berfikir serta mampu membuat kesimpulan seperti manusia.

Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian sendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui penglihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawlan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
      

5 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM, buat yang mengarang nota ini. Terima kasih sekalung budi berkongsi ilmu free begini. Mudah-mudahan dimudahkan Allah segala urusan hari-hari. Minta halal saya guna untuk anak-anak murid dan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. sesiapa ini yg menulis ini !!!!!!!!! menulis ini adakah robot

      Padam
  3. sesiapeeeeeeeeeeeeeee yg buat ni memang bagus

    BalasPadam
  4. terima kasih minta izin share ya

    BalasPadam